Billi Lim Membantu Anda Bangkit Dari Kegagalan
Dah agak lama saya tak menulis topik kegagalan.
Tahun 2006, saya berdepan dengan banyak kegagalan. Bukan saja dalam kerjaya, tetapi dalam kehidupan, even personal things.
Saya gagal dua kali dalam bercinta. Saya juga pernah gagal meyakinkan penginterview saya yang saya ni memang boleh diharapkan untuk mempromosi produk mereka. Dengan muka mirip budak-budak, agak sukar untuk saya bersaing dengan staff lain yang nampak matang.
Saya berlakon matang pun, nampak sekilas muka saya macam budak tingkatan 5! Saya banyak gagal dalam kerjaya offline.
Kegagalan mengajar kita cara yang salah. Jadi, bila ada peluang nagkit semula, kita kena buat dengan lebih baik lagi. Itulah kesimpulan saya tentang kegagalan.
Kita tak boleh mengelak dari gagal. Kita perlu berani gagal kerana bila dah gagal, kita akan tahu cara yang ngam menuju kecemerlangan dan kejayaan. Ia bagaikan feeback yang memberitahu cara kita tu salah.
Kita juga selalu gagal mengawal emosi kita sendiri, sehingga kita menghukum diri dengan bersangka buruk pada Allah, bersangka buruk pada orang lain di sekeliling kita, pada situasi, perkara benda dan pada sesuatu yang berlaku di luar kawalan kita.
Oleh kerana kita dah gagal, kita menerima padahnya. Gagal perit dan kurang membahagiakan. Namun, gagal juga mengajar kita erti ketabahan.
Setelah gagal, Anda ada dua pilihan, sama ada bangkit terus atau memilih untuk berhenti berusaha, menjadi biasa-biasa saja, tak nak gagal lagi. Saya mula positif terhadap kegagalan selepas membaca buku Dare To Fail tulisan Billi Lim.
Sebenarnya buku Dare To Fail ni dah saya temui sejak tahun 2002, tapi pada waktu itu saya tak minat nak membacanya. Pada tahun 2006, kebetulan saya bertemu buku Dare To fail.
Punya terkejut time jumpa buku tu. Ia umpama petunjuk dari Allah. Satu malam saya dok baca buku tu saja.
Dalam buku tersebut, Billi Lim banyak berkongsi kisah kegagalannya. Lebih historik, buku Dare To Fail mencatat sejarah sendiri dalam Malaysia Book Of Records sebagai satu-satunya menara buku yang di susun menjadi seperti bentuk menara kembar Petronas.
Dikala Anda gagal, Billi Lim berkongsi rahsia bagaimana Anda boleh bangkit dari kagagalan dan bagaimana Anda mengekalkan motivasi untuk terus berusaha.
Lawati website Billi Lim di http://www.daretofail.com
Gagal adalah salah satu proses menuju kejayaan. Oleh itu, kita tidak ada sebab nak berhenti untuk terus memburu kejayaan!
Posted on 28/07/2008, in Islam, Malaysia, Motivasi, Perniagaan, Usahawan Berjaya, Usahawan-Internet and tagged berani gagal, billi lim, dare to fail, gagal. Bookmark the permalink. 1 Comment.
Berani gagal….siapa yang bersedia menyahut cabaran itu?Biasanya seseorang bila dah gagal,
dia mudah putus harapan dan kecewa.
Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya.
Tapi kegagalan pertama menjadi igauan ngeri……
Dewasa ini kata peransang dan sokongan jadi penawar.Kalau tak ada pun, bacalah tulisan diiMotivasi pasti semangat untuk berjaya kembali segar.Harapan baru mula bersinar.Jalan penyelesaian muncul satu persatu……memecah
kebuntuan.Akhirnya segala urusan dipermudahkan…. Kejayaan menanti sudahnya…..