Cara Najmil Bangkit Dari Kegagalan.
Saya perkenalkan Anda dengan Najmil. Dia juga dikenali sebagai “Jemei”. Nama sebenarnya Najmil Faiz Mohammad Aris, anak kelahiran Ipoh dan membesar di Pasir Mas, Kelantan. Ni dia..
Najmil merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang telah berjaya membuat pembentangan di Parlimen Britain. Kertas kerja yang dibentangkannya mengenai teknologi Nano dalam bidang pembuatan dan dihadiri oleh semua ahli parlimen Britain.
Saya ceritakan serba sedikit mengenai dirinya. Dia telah gagal dalam SPM dan hanya mendapat pangkat 3. Setelah bekerja selama beberapa tahun, dia menggunakan wang yang di simpan dan wang pinjaman bapanya untuk melanjutkan pelajaran ke Leeds Metropolitan University mengambil jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.
Di sana selama dua tahun dia berhempas pulas, menggunakan segala kemudahan Universiti selain memanfaatkan setiap saat untuk belajar. Dia banyak menghabiskan masa di perpustakaan bukan sahaja untuk belajar tetapi untuk mandi dan menukar pakaian sebelum menghadiri kelas selepas habis kerja.
Anda boleh klik di sini untuk baca rencana khas mengenai Najmil.
Dia buat segala jenis kerja untuk menyara hidup. Tanpa apa-apa bantuan kewangan, dia terpaksa bekerja sehingga 3 syif sehari dan tidak menjadikan musim sejuk sebagai alasan untuk cari duit walaupun kadangkala duit yang ada tak cukup makan.
Dia meraih beberapa anugerah, seperti Anugerah Pencapaian Akademik Terbilang, Anugerah Pencapaian Akademik Gemilang, Anugerah Tokoh Unggul UMNO Malaysia, Anugerah Personaliti Kelab Bitara UMNO Luar Negara, Anugerah Duta Kelab UMNo Luar Negara dan telah dinobatkan sebagai antara pelajar pintar di Asia oleh Utusan Malaysia.
Kejayaan yang diraihnya bukan datang bergolek. Dia bukan bertuah, tetapi berusaha sehabis daya dengan kudrat yang ada untuk mencapai matlamatnya.Najimi mengorbankan usia muda dan keseronokan masa kini demi mencapai kejayaan.
Dia mengikat perut dan sanggup jalan kaki untuk kemana-mana dan tidak pernah menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan. Dia sentiasa mengingat kegagalan dulu sebagai “kaunselor” yang sentiasa mendampinginya dan menyedarkannya apabila dia lalai dan tersasar dari matlamat.
Di sana juga dia bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari pada waktu rehat dan kerja sebelum kuliah petang.
Apa saja jenis kerja dilakukan olehnya, termasuk mencuci longkang, menghantar surat, mencuci tandas, membersihkan pejabat, mencuci bangunan dan angkat barang semata-mata nak menampung kos pengajian dan sewa bilik yang mahal.
Bagi saya, dia seorang yang amat tekun, rajin dan komited.
Kegagalan tidak semestinya membuat sesiapa berhenti berusaha mengubah nasib. Kejayaan boleh dicapai selagi kita tak berputus asa.
Posted on 29/04/2007, in Kegagalan, Motivasi, Motivasi Diri and tagged cara, Kegagalan. Bookmark the permalink. 2 Comments.
Saya amat terharu dan bangga dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh jemei.. Jauh di sudut hati saya ingin mengecapi kejayaan yang penuh bermakna seperti jemei. Saya sudah dua kali tersungkur ketika sedang berjuang mengejar impian untuk menggenggam segulung diploma. Saya berharap dapat berkongsi makllumat dan pengalaman berharga daripada abg jemei kepada saya dan mereka yang memerlukan semangat perjuangan untuk mendapatkan segenggam diploma atau ijazah… terima kasih…
Saya seorang mahasiswa di IPTA di borneo berasal dri felda negeri sembilan, saya belajar dalam bidang perubatan, saya dah banyak kali gagal. pengajian yang sepatutnya cuma 5 tahun terpaksa saya extend jadi 6 tahun, dan pada final exam saya gagal lagi. jadi total 6 tahun setengah saya perlu buat, harap-harap la…saya tak pandai bahasa inggeris, saya ketinggalan serbaserbinya. Saya orang kampong, orang kampong ada banyak jenis orang kampong, dari yang moden,positif serbaserbi kepada yang negatif serbaserbi, tingkah laku dan pemikiran negatif. dan saya ialah orang kampong yang kuno, negatif serbaserbi. Saya tak tahu macam mana saya boleh tercampak dalam bidang perubatan ni. mungkin orang kementrian pengajian tinggi tersalah letak nama saya kot. kalau anda semua nak tahu perumpamaan yang saya boleh bagi dalam 100 orang pelajar perubatan, 95 daripadanya ada background akademik keluarga yang baik, paling koman pun anak cikgu tinggal di bandar.tu paling koman. manakala lagi 5 orang adalah anak orang kampong, dalam 5 ni 4 daripadanya pernah besekolah menengah di sekolah-sekolah elit seperti MRSM, sekolah sains, sekolah agama dan sebagainya. manakala yang lagi seorang tu adalah anak kampong tulen/pure. yang tak pernah lihat dunia luar, yang tak pernah intergrasi dengan kaum lain. dari tadika sampai sekolah menengah duduk kampong sahaja. kemudian masuk matrikulasi, maltrikulasi zaman dulu pun semua melayu. Namun bukan setiap intake pelajar perubatan macam tu, kadang-kadang sahaja. kebiasaannya tak wujud langsung anak orabg kampong. dan yang satu itu ialah saya. Saya nak ulas realiti anak-anak felda, ramai yang beranggapan bila anak felda, mereka mesti duduk kebun, turun kebun hari-hari, TAPI REALITINYA ITU SEMUA SALAH! 90% anak peneroka felda tak pernah turun kekebun sepanjang hayat mereka hidup di felda, bayangkan!. mereka hanya duduk dirumah, tak mahu turun kekebun tolong mak ayah, bahkan mereka tak tahu pun kat mana lataknya kebun mak ayah mereka. kalau anda nak tahu semenjak saya berumur 3 tahun saya sudah ikut mak ayah saya menoreh, turun kekebun seawal sebelum subuh, mak ayah bersolat subuh di kebun, saya ke tadika direct dari kebun terus ke tadika dengan bermandikan air paya kebun getah, lumut hijau-hijau dalam air paya tu melekat-lekat di badan saya, kalau anda nak tahu selain saya yang menggunakan air paya kebun tu untuk mandi sebelum ke tadika mahluk lain seperti khinzir dan lembu juga gunakan air yang sama untuk berkubang . sekolah rendah saya tak pandai, UPSR 2B 1C, 1D.sekolah mengah saya jadi hero dalam akademik, hero kampong!! keputusan SPM saya ok, dapat masuk matrikulasi dan pengajian perubatan di IPTA, dan sampai saat ni saya masih tersadai di borneo ni menghabiskan sisa-sisa pengajian akhir ni. final exam 23 bulan 11 2009 ni, kalau pass, berjaya lah saya jadi doktor, kalau gagal, saya tak punya apa-apa kelulsan pada usia 26 tahun, dan menoreh getah lah saya untuk sepanjang hayat saya. Berkenaan dengan najmil, saya tak berapa heran dengan pencapaiannya, kenapa??…persoalan besar disini ialah siapa sebenarnya beliau? anak siapa? ibu bapanya bekerja sebagai apa?..namaun dari cerita kejayaannya, saya rasa beliau berasal dari keluarga golongan elit, mempunyai latar belakang akademik yang baik, orang bandar, orang moden. apa tidaknya, macam mana dari gagal SPM panggkat 3, kerja kemudian terus fly-fly away ke LONDON!! apakah institusi pengajian yang beliau pergi? besar keumungkinan pusat pengajian swasta. boleh ke gagal SPM pangkat 3 then terus dapat tempat kat LONDON??questionable kan?? actually terlalu banyak yang questionable tentang cerita kejayaan beliau. pernah anda tanya, di luar sana berlambak anak-anak yang dapat pangkat 3 dalam SPM, majoriti dari anak kampong luar bandar mundur semundur-mundurnya..boleh kah mereka terus dapat fly ke LONDON macam najmil? tak akan boleh, melainkan ada “special way” seperti campurtangan politik dan sebagainya. dan kenapa pula dia tak nak ambil semula SPM, melanjutkan pelajaran di IPTA dalam negara? bukan kah kos pengajin 10 kali ganda lebih murah. Jadi anda fikir-fikr lah sendiri antara realiti dan fantasi.